Subscribe:

Sunday, September 12, 2010

0
Siri 1

                            
                                              5T-Kelas pertama yang aku masuk


Alhamdulillah..setinggi-tinggi kesyukuran ku panjatkan kepada ALLAH S.W.T kerana telah menggerakkan hati ku untuk membuka dan mengisi kekosongan biwi no-2 aku ini. Hampir 3 bulan lamanya aku tidak memperbaharui blog ini. Tatkala melihat dan menjelajah blog ku ini, fikiran ku tiba-tiba jauh menerawang mencari ilham dan idea..mengimbau kenangan indah yang cukup bermakna bagi ku sebagai seorang bakal pendidik..maka bermulalah al-kisah :

Pada 20 Jun hingga 2 Julai 2010, aku telah ditugaskan untuk menjalani Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) di Sekolah Menengah Kebangsaan Kedai Buloh bersama 3 orang sahabat seangkatan dengan ku iaitu Rahimah, Amalina dan Nasruddin. Kali pertama bersua muka dengan warga SMKKBh agak tersipu-sipu ,malu..namun Alhamdulillah kami dapat bekerjasama dengan baik dan pihak sekolah memberikan layanan yang terbaik buat kami berempat.

Saat langkahku ku bertapak di depan pintu pagar sekolah tersebut, ku rasai denyutan jantung ku yang kian kencang bagaikan ada sebiji batu yang agak besar menghempap diri ku tika itu. Kali pertama berhadapan dengan situasi persekolahan dengan bukan lagi bergelar sebagai seorang pelajar biasa, akan tetapi memegang title Cikgu @ Ustazah..Hanya Allah yang lebih Mnegetahui segala yang ku rasai saat itu..Namun ku teruskan langkah jua..berhati-hati dalam mengorak langkah..tersenyum ikhlas kepada pak gad..Sempat pak gad menyapa aku tika itu.."sila masuk..cikgu baru ke?" aku jawab:" tak..saya buat ROS kat sini selama 2 minggu mulai hari ini (20 Jun 2010)"..

Sedikit demi sedikit debaran ku kian menurun apabila warga sekolah memberikan layanan dan sudi menghulurkan bantuan kepada kami..namun demikian, antara yang tak dapat aku lupakan adalah..1 dimensi baru menimpa kami iaitu "kecelaruan identiti-pelajar @  cikgu???"..haha..bila ingat-ingat balik,memang lawak..sampaikan kami tetap merasai hidup sebagai pelajar biasa sehinggakan nak makan kat meja guru di kantin pun..dah naik segan..tandas pun kalau boleh nak guna yang student punya..zuhud la konon-kononnya.lepas tu...bila terserempak dengan para pelajar..ringan pula lisan mereka memberi salam kepada kami: Assalamualaikum cikgu.." sambil menundukkan kepala dan tersenyum sebagai tanda hormat..berkerut dahi kami saat itu dan spontan tergelak..(teruja sebenarnya..haha)..

Hari ke-2 di sana pula, tiba-tiba kami diberitahu oleh Penolong Kanan yang kami akan diberikan jadual untuk mengajar 10 masa dalam 1 minggu..bermakna 1 kelas sehari..ni tak termasuk dengan jadual ganti ketiadaan guru lagi..agak terkejut jugakla @ dalam bahasa pangnya 'kejut giler'..huhu..Mana taknya, sebelum ni kami telah diberi makluman oleh pensyarah kami untuk mengambil sekurang-kurang hanya 1 kelas (2 masa je) dalam 2 minggu tugasan kami ni..apa-apa pun kami terima dengan redha..mungkin ini pengalaman yang tak ternilai bagi kami.

Hari ke-3, maka bergeraklah kami ke kelas masing-masing seperti yang tercatat dlm jadual..dup..dap..dup..dap..kelas pertama aku..adalah kelas Tingakatan 5 Teknologi..Hanya Allah yang Tahu betapa berdebarnya saat tu..Selawat..doa..hanya itu yang menemani ku setiap langkah sambil mata ku melilau ke segenap kelas mencari kelas tersebut..akhirnya.....berjaya ku jejaki.

tuk..tuk..aku mengetuk pintu seraya memberi salam (layak seorg cikgu..hu2). Aku terus bertegur sapa dan duduk sebentar bagi menghentikan debaran sambil menunggu pelajar lain masuk selepas loceng yang menandakan tamatnya masa rehat..tak lama kemudian aku bagai memperolehi kekuatan yang aku cari..Alhamdulillah, Allah telah mempermudahkan lisan ku untuk fasih berkata2..keyakinan aku untuk tegak di hadapan mereka mungkin agak sukar untuk aku perolehi sebelum ini...

......bersambung..........

Sunday, June 13, 2010

1



(Nota : Format umum ini tertakluk kepada perubahan mengikut kehendak program)
Guru Pelatih akan dinilai berasaskan folio. Folio hendaklah mengandungi maklumat berikut:


1. MAKLUMAT ASAS SEKOLAH
1.1 Nama dan alamat sekolah
1.2 Lokasi sekolah
1.3 Pelan sekolah
1.4 Gred sekolah
1.5 Jenis sekolah
1.6 Logo, Visi dan Misi
1.7 Bilangan pelajar
1.8 Bilangan guru dan kakitangan sokongan
1.9 Sejarah sekolah
1.10 Takwim sekolah


2. ORGANISASI DAN PENGURUSAN SEKOLAH
2.1 Melaporkan maklumat
2.2 Struktur organisasi induk sekolah
2.3 Struktur organisasi mengikut bidang (Guru Pelatih)
2.4 Peranan, tugas dan tanggungjawab bagi setiap komponen
2.5 Budaya sekolah (amalan murni seperti bacaan doa)
2.6 Hubungan antara organisasi induk sekolah dengan pihak PPD dan JPN


3. KEMUDAHAN YANG TERDAPAT DI SEKOLAH
Pelajar diminta meninjau kemudahan fizikal yang terdapat di sekolah dan merekodkan maklumat tersebut di Lampiran A.


4. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
4.1 Matlamat
4.1.1 Memberi pendedahan awal kepada Guru Pelatih terhadap suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah
4.1.2 Menghayati suasana pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah oleh Guru Pelatih
4.1.3 Membina keyakinan diri sebagai seorang bakal guru terlatih
4.1.4 Menghubungkan antara amalan sebenar dalam bilik darjah dengan teori pengajaran dan pembelajaran
4.2 Tugas
4.2.1 Merekod sekurang-kurangnya satu pemerhatian pengajaran dan pembelajaran merangkumi elemen berikut:

Tajuk
Objektif pengajaran
Kaedah mengajar
Penggunaan alat Bantu
Pengurusan kelas
Pengurusan masa pengajaran
Kaedah penilaian
Penutup


4.2.2 Menyediakan catatan pembelajaran elemen berikut:
Menyenaraikan kemahiran yang dipelajari oleh murid
Teknik pembelajaran
Hasilan pembelajaran
4.2.3 Menjalankan sekurang-kurangnya satu waktu pengajaran mata pelajaran Guru Pendamping. Pelajar perlu menyediakan rancangan pengajaran yang sesuai.


5. AKTIVITI KO-KURIKULUM
5.1 Menyediakan carta organisasi ko-kurikulum sekolah
5.2 Melengkapkan borang aktiviti ko-kurikulum sekolah
5.3 Memerhati dan merekod satu aktiviti ko-kurikulum


6. REFLEKSI KENDIRI
Membuat refleksi daripada penglibatan dan pengalaman dalam Program ROS selama dua minggu terhadap aspek berikut:

6.1 Aspek-aspek positif yang boleh dijadikan panduan
6.2 Aspek-aspek yang boleh diperbaiki
6.3 Aspek-aspek yang menarik perhatian

Monday, January 11, 2010

1




























Thursday, December 3, 2009

0




Seorang menteri yang tamak dan kaki rasuah selalu sahaja menyusahkan urusan pemerintahan sultan yang adil. Namun, untuk memghukumnya bukan mudah kerana si menteri tersebut mempunyai rangkaian perhubungan yang sangat kuat, sama ada dalam kalangan sesama menteri mahupun angkatan tentera.

Sultan yang adil dan baik hati telah didesak berkali-kali untuk mengenakan tindakan terhadap menteri tersebut. Anehnya baginda tetap sabar sehinggalah pada suatu hari, baginda bertitah kepada menteri.

“Hari ini kamu akan mendapat kurniaan besar daripada beta.”

“Kurniaan apa itu tuanku? Patik sedia menerimanya,” sahut menteri yang tamak itu dengan rasa gembira.

“Beta ingin mengurniakan kamu tanah!” titah Sultan.

“Terima kasih tuanku. Boleh hamba tahu seluas mana tanah itu, tuanku?”

“Begini, selepas Subuh, kamu berjalanlah dari pintu istana ini sejauh mana yang kamu terdaya, dan pulang semula sebelum waktu Zohor.”

“Maksud tuanku?”

“Sejauh mana kamu mampu berjalan dan pulang semula ke istana, maka seluas itulah tanah yang akan dikurniakan kepada kamu.”

Betapa gembiranya menteri yang tamak itu. Namun para pegawai yang lain mencemik. Mengapa Sultan masih bermurah hati kepada nya?

Esok pagi selepas Subuh, dia pun memulakan perjalanan nya ke satu arah. Jauh dan semakin jauh.


Hampir waktu Zohor, para menteri, pegawai istana dan juga Sultan menunggu ketibaan menteri yang tamak itu untuk mengetahui seluas mana tanah yang bakal dianugerahkan. Namun, si menteri tidak juga kunjung tiba. Masuk solat zohor, dan selepas mereka solat berjemaah, menteri yang ditunggu tidak juga kunjung tiba.

Tiba-tiba seorang pengawal datang membawa berita, “Tuanku, menteri telah jatuh pengsan dalam perjalanannya….”

“Perjalanannya pulang atau menjauh dari sini?” Tanya Sultan.

“Dalam perjalanan menjauh dari sini,” Jawab pengawal.

Ha..! Serentak bunyi suara kehairanan bergema memenuhi ruang istana. Jelaslah sifat tamaknya itu mendorongnya pergi jauh dan semakin jauh dan tidak terfikir untuk pulang, hingga akhirnya jatuh pengsan kerana keletihan! Baginda Sultan tersenyum. Dia telah pun menghukum menteri yang tamak itu.

PENGAJARAN:

Orang yang tamak tidak akan cukup dengan sedikit dan tidak akan puas dengan banyak. Tidak menunggu orang lain untuk “menghukum” orang yang tamak sebaliknya sifat tamak itu akan menghukum dirinya.

Friday, November 13, 2009

0

Friday, October 30, 2009

0


Assalamualaikum w.b.t..alhamdulillah masih merasai nikmat sihat, masa lapang untuk teruskan hidup di dunia yang fana ini..segala-galanya hanya milik Allah S.W.T. Sebenarnya xde apa nk cakap hari ni..cuma nak berkongsi mesej yang bermanfaat ini bersama sahabat sekalian. Mesej yang baru saya terima melalui yahoo! messengger, yang dihantar oleh ukti Farah yang amat disayangi..Terima kasih akak..akak ni dah semester 7 dah..sem depan praktikal..Selamat berpraktikal ye kak..




Aplikasi Computer Dalam Kehidupan Hiasi interface wajah dengan menundukkan pandangan.

Jaga monitor pancaindera dengan perkakasan keimanan.

Defrage ketulan hati dengan asuhan Al-Quran dan zikrullah.

Scandisk amalan dengan uswatun hasanah.

Clean up partition dosa² lama dengan taqarrub padaNYA...

Scan virus hasutan iblis laknatullah dengan benteng iman dan keyakinan padaNYA.

Refresh lah kecintaan hakiki padaNYA dengan segera dan selalu memohon keampunan NASUHA.

Copy, Cut dan Paste akhlak mulia sahabat beriman.

Restart lah kehidupan sementara yg seakan-akan temporary internet files yang sebelumnya dibelenggu cookies kejahatan dan noda.

Clear history lama dalam recycle bin dunia... Ayuh... restartlah atau ctrl + alt + delete segala kegelapan..


Last message received on 31/10 at 12:32 ص

Wednesday, October 28, 2009

0

10 JENIS SEKSAAN

Sepuluh jenis seksaan yang menimpa wanita yang diperlihatkan kepada Nabi Muhammad S.A.W. ketika melalui peristiwa Isra’ Mikraj, membuatkan Rasulullah menangis setiap kali mengenangkannya.

*Perempuan yang digantung dengan rambut dan otak di kepalanya mendidih. Mereka adalah perempuan yang tidak mahu melindungi rambutnya daripada dilihat lelaki lain.
*Perempuan yang digantung lidahnya.
*Tangannya dikeluarkan daripada punggung.
*Minyak panas dituangkan ke dalam kerongkongnya.
(No.2/3/4 = Mereka adalah perempuan yang suka menyakiti hati suami dengan kata-katanya)
*Perempuan yang digantung buah dadanya dari arah punggung dan air pokok zakum dituang ke dalam kerongkongnya. Mereka adalah perempuan yang menyusui anak orang lain tanpa keizinan suaminya.
*Perempuan yang diikat dua kakinya serta dua tangannya sampai ke ubun dan dibelit beberapa ekor ular dan kala jengking. Mereka adalah perempuan yang boleh solat dan berpuasa tetapi tidak mahu mengerjakannya, tidak berwuduk dan tidak mahu mandi junub. Mereka sering keluar rumah tanpa mendapat izin suaminya terlebih dahulu dan tidak mandi dan bersuci selepas habis haid atau nifas.
*Perempuan yang makan daging tubuhnya sendiri manakala bawahnya ada api yang menyala. Mereka adalah perempuan yang berhias untuk dilihat lelaki lain dan suka menceritakan aib orang lain.
*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan menggunakan gunting dari neraka. Mereka adalah perempuan yang suka memasyhurkan diri sendiri supaya orang melihat perhiasannya.
*Perempuan yang kepalanya seperti kepala babi dan badannya pula seperti keldai. Mereka adalah perempuan yang suka mengadu domba dan suka berdusta.
*Rupanya berbentuk anjing dan beberapa ekor ular serta kala jengking masuk ke dalam mulutnya dan keluar melalui duburnya. Mereka adalah perempuan yang suka marah kepada suaminya dan memfitnah orang lain.

Followers

 
Copyright 2009 Diari Mahasiswi Pendidik